Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 FOTO SWEET HANIS ZALIKHA DI HARI PERTUNANGAN


10 FOTO SWEET HANIS ZALIKHA DI HARI PERTUNANGAN | Nampaknya bulan Mac merupakan bulan pilihan selebriti untuk merakam hari bahagia termasuklah Hanis Zalikha.

Dalam diam, rupa-rupanya pelakon dan pengacara yang lebih dikenali sebagai Keknis ini sudahpun mengikat tali pertunangan semalam.

Tiba-tiba kami teringat saat dan detik Hairul Azreen melamar Keknis di pentas Gegar Vaganza tiga bulan lalu.

Berseri-Seri Wajah Hanis


Suka nau hati kami melihat wajah Keknis yang manis disarung cincin oleh ibu Hairul Azreen. Wah, dengar cerita lagi tiga bulan pasangan ini akan bergelar suami isteri. Betul ke?

Hanis Teruja Nak Kahwin


Bercakap kepada Berita Harian, Hanis mengaku dia kini teruja untuk terus membuat persiapan perkahwinan yang bakal diadakan pada 5 Jun hadapan.

Saya bersyukur sebab semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Lega bila keluarga dapat berbincang bertentang mata dan kenal-mengenali sebelum anak mereka bernikah.

Selesai satu fasa mengikut adat, sekarang teruja terus-menerus ke persiapan kahwin. Insya-Allah doakan semuanya berjalan seperti dirancang.


Baguslah, orang kata perkara elok tak manis dilambat-lambatkan. Kalau korang nak tahu, Kedua-dua keluarga juga bersetuju untuk mengadakan majlis resepsi mereka pada 14 Jun di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Tahniah Hanis dan Hairul.







Post a Comment for "10 FOTO SWEET HANIS ZALIKHA DI HARI PERTUNANGAN"