Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 BENDA YANG KORANG TAK PERLU POST KAT SOSIAL MEDIA


8 BENDA YANG KORANG TAK PERLU POST KAT SOSIAL MEDIA | Ni antara benda yang korang tak perlulah nak update kat social media tu.

Bukanlah tak boleh, tapi sesuai kot. Ni pendapat kitorg lah, bagaimana pula dengan korang, setuju atau tidak?

#1 Masalah korang dengan pasangan

Tahulah bergaduh, tapi tak perlulah nak bagi tahu satu dunia apa yang tengah berlaku diantara korang berdua. Untuk pengetahuan semua, orang lain tak nak tahu dan tak ambil tahu pun, orang mengata lagi ada lah (opss!).

#2 Pandangan peribadi tentang kerja korang

Kalau ada masalah dengan kerja, boss ataupun rakan sekerja yang lain, sila bawa berbincang dan cari jalan penyelesaian. Jangan pula korang pergi update status tak puas hati atau merungut kat sosial media cakap "I hate my job". 

#3 Jumlah duit yang korang ada

Tahu banyak duit, tapi tak perlulah beritahu semua orang yang duit korang tu banyak. Takut sesuatu yang buruk berlaku bila orang tahu korang berduit. Hati-hati tau!

#4 Gambar kawan-kawan yang tak berapa nak semenggah

Nak bergurau boleh tapi janganlah sampai post gambar kawan-kawan korang tak berapa nak 'senonoh' tu kat Facebook, Instagram Twitter atau sebagainya. Kesian kat kawan-kawan korang tu.

#5 Kerja orang yang korang rembat tanpa kredit

Amboi! Pandai guna hasil kerja orang lain, tapi tak nak kredit. Dah lah tak kredit, siap share lagi kat lagi kat sosial media tau. Ish ish!

#6 Perbualan peribadi
thedish.com

Ni lagi satu, bila orang hantar mesej kat korang, tak payahlah beria nak post perbualan tu kat sosial media. Tak berap anak sweet kot. Ada sebab kenapa orang hantar per dan bukan post kat Facebook atau Twitter. Hello!

#7 Maklumat peribadi yang dikongsikan

Tak perlulah nak kongsi semua benda kat sosial media. Bukan semua orang nak tahu cerita korang dari A sampai Z pun. 

#8 Pendedahan maklumat sulit 

Jangan kongsi maklumat peribadi korang seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya. BAHAYA!

Post a Comment for "8 BENDA YANG KORANG TAK PERLU POST KAT SOSIAL MEDIA"