Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AISYAH TAJUDDIN MOHON MAAF SAMBIL TEGASKAN DIA BUKAN KRITIK HUDUD, TAPI KRITIK PAS


AISYAH TAJUDDIN MOHON MAAF SAMBIL TEGASKAN DIA BUKAN KRITIK HUDUD, TAPI KRITIK PAS | Penyampai radio kontroversi BFM yang menghina hukum hudud sebelum ini, Aisyah Tajuddin,hari ini membuat satu kenyataan bahawa beliau mengkritik dasar PAS di Kelantan dan tidak berniat menghina Islam.


"Ia (video) menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuatan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama,"


"Perlu dinyatakan bahawa liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan video ini, yakni untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosioekonomi rakyat Kelantan." katanya.


Aisyah dalam pada itu, memohon maaf secara terbuka mengenai videonya itu yang menyebabkan kemarahan dan reaksi negatif yang ditimbulkan daripada rakaman video tersebut.


"Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi nada dan cara penyampaian saya di dalam video tersebut. Saya tiada niat untuk mengherdik. Saya tiada niat untuk menghina.


"Namun kini saya sedar bahawa ia telah menimbulkan kemarahan. Maka untuk itu, saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana-mana agama apatah lagi agama saya sendiri,"tambahnya.


Dalam video berkenaan, Aisyah telah menujukkan bungkusan nasi lemak kosong dan mengatakan "tak pe la,Hududkan ade" yang jelas menghina Hudud.


Antara lain video tersebut menyampaikan mesej bahawa kerajaan Kelantan sepatutnya mengutamakan soal ekonomi dan bukannya pelaksanaan hudud.

Post a Comment for "AISYAH TAJUDDIN MOHON MAAF SAMBIL TEGASKAN DIA BUKAN KRITIK HUDUD, TAPI KRITIK PAS"