Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DI CHINA TERDAPAT PASAR PERKAHWINAN UNTUK MENCARI JODOH


DI CHINA TERDAPAT PASAR PERKAHWINAN UNTUK MENCARI JODOH | Di Shanghai, China setiap hujung minggu, ibubapa akan berkumpul di sebuah dataran bandar untuk mempromosi anak-anak mereka bagi mencari jodoh untuk anak. Dataran ini akhirnya digelar "pasar perkahwinan"

Para ibu bapa berkumpul di pasaran perkahwinan Shanghai dan menampal poster di sebuah payung yang biasa mereka bawa pada masa perjalanan. Poster itu mengandungi profil anak-anak mereka meliputi umur, tinggi badan, pendidikan, pendapatan, tanda zodiak, dan status sosial.


Setiap hujung minggu, mereka boleh menghabiskan masa hingga lima jam di pasar perkahwinan tersebut untuk mempromosikan anak-anaknya.

"Ini kali ketiga saya berada di sini untuk mencarikan jodoh anak saya, dan saya yakin dapat mencari perempuan yang tepat untuk anak lelaki saya," kata salah satu ibu bapa, Li Na Chia (63).

Beberapa penduduk di China sebenarnya menilai pasar perkahwinan di Shanghai sudah kuno dan mempunyai kadar kejayaan yang rendah dalam mencari jodoh. Namun, banyak ibu bapa di sana berpendapat mempromosikan anak mereka di pasar perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk tetap menjaga gaya dating tradisional.

Post a Comment for "DI CHINA TERDAPAT PASAR PERKAHWINAN UNTUK MENCARI JODOH"