Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

(VIDEO) BERANI!! LELAKI DEDAH KULIT BERLEBIHAN SELEPAS TURUN 122KG


(VIDEO) BERANI!! LELAKI DEDAH KULIT BERLEBIHAN SELEPAS TURUN 122KG | Demi mengembalikan keyakinan dalam diri dan bangga dengan apa yang dimiliki, seorang lelaki berusia 22 tahun tampil dengan sebuah video yang mendedahkan punca dia merasa rendah diri selama ini.

Menerusi video tersebut, Matt Diaz menunjukkan lebihan kulitnya selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 122kg dalam tempoh 6 tahun lalu.



Dia menyatakan tidak pernah tampil di khalayak ramai sedemikian dan hal ini penting baginya untuk masyarakat tahu dan terima dia seadanya.

Walaupun takut masyarakat tidak dapat menerimanya lagi, Matt berjaya memberi inspirasi kepada orang ramai yang menonton video berkenaan.

Menerusi komen-komen yang diberi, pengguna sosial media kelihatan menerima diri Matt dengan positif serta memberi galakan kepadanya untuk percaya pada kelebihan diri.

Post a Comment for "(VIDEO) BERANI!! LELAKI DEDAH KULIT BERLEBIHAN SELEPAS TURUN 122KG"