Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

VIDEO KANAK-KANAK 5 TAHUN BERI TUTORIAL SOLEKAN DIKRITIK


VIDEO KANAK-KANAK 5 TAHUN BERI TUTORIAL SOLEKAN DIKRITIK | Danna Gomez baru berusia lima tahun namun dia umpama seorang profesional apabila kanak-kanak ini menyolek dirinya sendiri.

Danne yang berasal dari Colombia ini merupakan sensasi terbaru YouTube apabila videonya melakukan solekan dimuat naik ke internet.

Bukan sahaja kanak-kanak ini menunjukkan cara untuk mengenakan bedak asas dan solekan mata, malah dia turut menerangkan teknik untuk menjadikan hidung lebih mancung.

Dalam video berbahasa Sepanyol itu, Danna turut memberikan tip solekan yang sesuai untuk meraikan hari Valentine.

Namun di sebalik pujian melambung yang diterima kanak-kanak ini daripada orang ramai, tidak kurang pula yang mengkritik video tersebut kerana ia dianggap memberikan tekanan kepada kanak-kanak untuk membesar dengan cepat.

“Kenapa kita tidak membiarkan sahaja kanak-kanak menjadi diri mereka, kenapa kita perlu tergesa-gesa menjadikan mereka dewasa sebelum mereka bersedia.

“Kecantikan asli bukannya dengan melukis muka, sebaliknya kecantikan semula jadi adalah yang terbaik,’’ itu antara kritikan yang diterima oleh Danna.

Video tersebut yang dimuatnaik ke dalam Facebook juga dikongsi oleh lebih 150,000 kali dan turut dipuji kaum wanita.

Wanita tersebut menyifatkan cara solekannya itu lebih baik daripada mereka.

Video tutorial itu dimuatnaik oleh ibu saudaranya, Denisse Gomes yang menyifatkan aksi anak saudaranya itu sebagai `comel’. Namun Gomes tidak menyangka video itu akan menjadi viral di media sosial.

Post a Comment for "VIDEO KANAK-KANAK 5 TAHUN BERI TUTORIAL SOLEKAN DIKRITIK"