Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

(VIDEO) PARODI SAKITNYA TUH DISINI YANG BUAT KORANG JATUH TERGOLEK


(VIDEO) PARODI SAKITNYA TUH DISINI YANG BUAT KORANG JATUH TERGOLEK | Biasanya lagu yang paling kita tak suka itulah yang paling melekat dalam kepala dan meniti di bibir sampai tak berhenti menyanyi, kan?

Sama jugalah dengan lagu dangdut Sakitnya Tuh Disini yang dinyanyikan oleh Cita Citata tu. Habis semua orang berjangkit menyanyi. Siap buat parodi yang tak tahan tu. Tapi lagu ni dah lama, kenapa baru sekarang jadi viral? Hmm musykil.

Erra Fazira Sahut Cabaran Sakitnya Tuh Disini



Mungkin sebab Erra Fazira cantik jelita, so kami tak rasa sakit hati sangat. Tapi nak tergelak pun ada bila tengok gelagat Erra, lebih-lebih lagi part cermin mata hitamnya hampir terjatuh kerana terlalu rancak menari.

Kalau nak tahu, Erra, Amar Baharin, Zaquan Adha dan Safiq Rahim dicabar oleh AG Hot FM untuk menari dangdut mengikut rentak lagu berkenaan. Tapi nampaknya cuma Erra sahaja yang berani menyahut cabaran. Mungkin yang lain belum lagi kot?

BCL Pun Buat Juga, Lagi Comel!



Comel sebab Bunga Citra Lestari salah step. Itu sahaja.

Ini paling win. Korang patut tengok muka adik ni sampai habis video, bukan main seronok lagi dia menari sampai ada bunyi orang ketuk pintu bilik pun buat tak tahu je. Lol!

https://www.youtube.com/watch?v=MWUCN3oAaCQ


Post a Comment for "(VIDEO) PARODI SAKITNYA TUH DISINI YANG BUAT KORANG JATUH TERGOLEK"