Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

(VIDEO) SEBIJIK LA!!! ARIANA GRANDE TIRU GAYA CELINE DION


(VIDEO) SEBIJIK LA!!! ARIANA GRANDE TIRU GAYA CELINE DION | Penyanyi kecil molek, Ariana Grande sememangnya bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian malah bintang yang mula meningkat naik itu juga pandai meniru gaya penyanyi lain.

Menerusi rancangan temubual The Tonight Show Jumaat lalu, pengacaranya, Jimmy Fallon telah meminta penyanyi lagu Problem itu meniru gaya nyanyian Celine Dion.

Ternyata itu bukan masalah besar bagi Ariana kerana dia dilihat berjaya meniru suara Diva dari Kanada itu dengan menyanyikan sebahagian daripada lagu Beauty And The Beast bersama pengacara rancangan berkenaan.

Lagu tersebut dipopularkan oleh Celine Dion berduet bersama Peabo Bryson untuk filem animasi Disney itu.

Malah Ariana juga berjaya membuat gaya Celine Dion ketika membuat persembahan.

Memang comel sangat gaya dan personaliti yang ditampilkan itu.


Sebelum ini, penyanyi Christina Aguilera juga berjaya meniru gaya menyanyi bintang popular seperti Cher, Brtiney Spears dan Shakira.

Post a Comment for "(VIDEO) SEBIJIK LA!!! ARIANA GRANDE TIRU GAYA CELINE DION"