Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 SEBAB KORANG MENGGELABAH TAK TENTU PASAL KETIKA ON THE WAY KE TEMPAT KERJA


8 SEBAB KORANG MENGGELABAH TAK TENTU PASAL KETIKA ON THE WAY KE TEMPAT KERJA | Korang pernah tak selepas beberapa minit on the way ke tempat atau keluar daripada rumah tiba-tiba rasa macam tertinggal sesuatu. Tak pun terfikir akan hal-hal dekat rumah yang korang mungkin lupa untuk tutup dan sebagainya.

Kadang-kadang panik juga, rasa nak patah balik je. Perasaan was-was ini pasti menghantui fikiran korang sepanjang hari tersebut kan?

1. Rasanya dah kunci pintu rumah tadi, tapi macam tak…


Ini perkara paling biasa dan selalu terfikir bila baru keluar dari rumah. Kadang-kadang sampai kena flashback betul-betul. Kalau tak kunci memang habislah.

2. Tadi iron baju, aku tutup ke tak suis eah?


Jangan main-main sebab benda ni boleh sebabkan kebakaran. Sebab itu juga lah kita selalu terfikir benda ni. Minta dijauhkan!

3. Touch & Go pula tertinggal! Jap, okay ada je sebenarnya.


Ini sebenarnya situasi gelabah yang sering terjadi. Padahal benda itu kita bawa je tapi bila tiba-tiba teringat, rasa panik.

4. Sampah lupa nak buang, habislah busuk satu rumah


Kalau betul lupa nak buang, eloklah masa balik korang singgah beli apa-apa pewangi.

5. Aku tutup ke tak lampu dengan kipas tadi? Arghhh habislah bil naik


Ini pun selalu juga kita terfikir masa otw ke tempat kerja. Lebih parah kalau air paip yang lupa tutup, memang naye lah.

5. Mana phone, bawa ke tak ni adoi!


Tengah-tengah drive, cari phone dalam poket seluar tak ada, dalam handbag pun tak ada. Satu kerja nak patah balik. Dah patah balik rupanya phone dekat celah pintu driver. Pehh!

6. Rasa tak cantik pula baju ni, patut ke aku balik tukar?


Pernah ke rasa macam ni? Tiba-tiba rasa tak confident dengan pakaian korang.

7. Ni petang kalau hujan, basah baju aku sidai tadi


Dah tu kenapa pergi sidai dekat tempat ‘open’. Kalau betul hujan, sia-sia je basuh baju tu.

8. Alamak lupa kejut suami, dah lah jenis tidur mati


Kebetulan hati tu korang bangun lewat, memang rushing nak ke tempat kerja. Tengah kelamkabut drive sekali teringat lupa nak kejut suami lagi sekali. Tadi dah kejut tapi tak bangun. Mati lah…

Post a Comment for "8 SEBAB KORANG MENGGELABAH TAK TENTU PASAL KETIKA ON THE WAY KE TEMPAT KERJA"