Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ABBY ABADI LUAHKAN PERASAAN SAYU DAN KEPAYAHANNYA MEMBESARKAN 3 ANAK TANPA SUAMI


ABBY ABADI LUAHKAN PERASAAN SAYU DAN KEPAYAHANNYA MEMBESARKAN 3 ANAK TANPA SUAMI | Semalam kami paparkan kisah mengenai Rita Rudaini yang boleh dikategorikan sebagai ibu tunggal terbaik apabila membesarkan kedua orang anak lelakinya tanpa suami.

Hari ini, kami lihat Abby Abadi pula berkongsi perasaannya apabila menerima nasib yang sama dengan Rita.

Bukan sahaja kami yang rasa tersentuh dengan luahan tersebut, tetapi para peminatnya turut merasakan kesedihan yang dilalui Abby.

Rasa berdosa tak dapat besarkan mereka dengan seseorang bergelar bapa…


Lepas Subuh tadi….. Kejut Dania & Baby utk ke sekolah. Usap2 kepala mereka, ucap “Assalamualaikum”… sambil berdoa. Tiba2 terpandang gambar2 mereka yg bertampal di dinding, airmata mengalir tanpa henti……… .

Terdetik dalam hati, besar dah anak3 ni…. Rasa berdosa sangat sebab tak dapat membesarkan mereka dgn seseorang yg bergelar bapa. Sedihhh sangat tiba2.. .
Airmata mengalir lagi…
 


Waktu menulis ni pun… Mengalir lagi airmata ini. Hanya ALLAH je tahu apa yg terbuku di hati ini. Memang lah Papanya ada lagi.. Tapi tak sama yg tinggal sekali, dgn yg jumpa bila ada masa.

Bila tengok Anak3 org lain, yg lelaki dipimpin bapanya sewaktu ke Masjid, jalan2, hati Sy pun mahu Anak3 ini dapat semua tu. Doakan Sy… Nampak kuat, tapi tak kuat manapun. Syukur Sy ada ALLAH. Kalau tak taktahu apa jadi pd Sy & Anak3 ini…

Post a Comment for "ABBY ABADI LUAHKAN PERASAAN SAYU DAN KEPAYAHANNYA MEMBESARKAN 3 ANAK TANPA SUAMI"