Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GADAI TUBUH, MARUAH ASAL PUAS NAFSU


GADAI TUBUH, MARUAH ASAL PUAS NAFSU | Kuala Lumpur: Penggunaan Internet tanpa batasan ditambah pula dengan pemikiran bahawa wang adalah segala-galanya, mengaburi mata anak muda hingga sanggup menggadaikan maruah diri dalam mencari keseronokan hidup.

Pakar Psikologi Kaunseling, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, faktor berkenaan adalah punca kematangan fikiran dan nilai murni dalam diri anak muda hari ini semakin terhakis hingga sanggup membelakangkan agama.

“Realiti kehidupan pada masa kini sememangnya semuanya memerlukan wang, memang diakui desakan keperluan itu memancing anak muda untuk hidup bermewah dan mengejar keseronokan dunia semata-mata.

“Sikap sebegini mudah menghasut pemikiran anak muda apabila nilai dalam diri sudah lompong dan wujudnya nilai baru yang anti tradisional seperti budaya kebaratan serta nilai hiburan yang melampau.

Post a Comment for "GADAI TUBUH, MARUAH ASAL PUAS NAFSU"