Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GAMBAR BIADAP MISS UNIVERSE MALAYSIA


GAMBAR BIADAP MISS UNIVERSE MALAYSIA | Gadis kacukan India dan Cina kelahiran Negeri Sembilan, Vanessa Tevi telah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2015 yang diadakan di Shangri-La Hotel malam tadi.

#Vanessa, 24, berjaya mengalahkan 16 orang finalis yang dipilih dari seluruh negara sejak sesi uji bakat ‘The Next Miss Universe Malaysia 2015’ yang bermula sejak tahun lalu lagi.

#Tempat kedua dimenangi oleh Pauline Tan, 24, berasal dari Selangor dan Kelly Jagan, 26 dari Sabah, menduduki tempat ketiga.

#“Kesemua 17 finalis pertandingan kali ini telah bertungkus lumus sejak enam bulan lalu. Bukan mudah bagi kami membuat keputusan untuk mencari gadis yang terbaik untuk mewakili negara kita di persada antarabangsa.

#”Saya berasa bangga Vanessa akhirnya menjadi juara malam ini, dan setiap finalis juga merupakan ‘pemenang’ dengan ‘mahkota’ tersendirinya. Saya berharap Vanessa akan dapat mengharumkan nama Malaysia kelak,” kata Pengarah Miss Universe Malaysia, Carey Ng (kanan) dalam sidang media.


#Carey, 26, pernah menjuarai pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia pada tahun 2013.

#Vanessa Tevi berkelulusan ijazah pengurusan pelancongan bekerja di hotel terkemuka di Singapura sebelum membuat keputusan untuk mencuba nasib beliau dalam pertandingan ratu cantik ini.

#“Saya ingin berterima kasih kepada Carey dan seluruh organisasi ini. Kami (finalis) hanyalah gadis-gadis biasa sejak pertandingan ini bermula, belajar di kolej dan bekerja.

#“Carey dan ramai tenaga pengajar yang pakar dalam industri fesyen telah memberi kami banyak tunjuk ajar dalam pertandingan ini,” kata Vanessa.

#Ketika ditanya tentang persediaannya dalam Miss Universe nanti, Vanessa berpendapat beliau masih memerlukan latihan dan persediaan yang mencukupi menghadapi pertandingan ratu cantik sedunia.

#Malam sambutan pertandingan ratu cantik tersebut juga dihadiri oleh ramai pelopor industri fesyen dan juga artis terkemuka tanah air termasuk Ning Baizura yang mendendangkan beberapa lagunya dalam acara tersebut.

Post a Comment for "GAMBAR BIADAP MISS UNIVERSE MALAYSIA"