Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI BOGEL KEJUTKAN PELANGGAN RESTORAN


LELAKI BOGEL KEJUTKAN PELANGGAN RESTORAN | Ketua Balai Polis Menglembu, Asisten Superintendan Chen Ah Kooy (kanan) bertanyakan sesuatu kepada lelaki terbabit. Gambar kanan: Seorang lelaki mundar-mandir dalam keadaan bogel di sebuah restoran di Jalan Lahat malam kelmarin.

IPOH - Pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah restoran Jalan Lahat di sini kelmarin dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang mundar-mandir di dalam premis itu tanpa seurat benang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pada jam kira-kira jam 12.10 malam, pihaknya menerima aduan daripada orang awam, memaklumkan terdapat seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman berbogel di hadapan sebuah restoran.

“Ketua balai bersama anggotanya bergegas ke restoran berkenaan dan menahan lelaki berusia 30 tahun terbabit.

"Lelaki tersebut dibawa ke Balai Polis Menglembu sementara warisnya yang dipercayai tinggal di kawasan berhampiran dikesan," katanya.

Chang Keong berkata, selepas siasatan dijalankan, polis berjaya mengesan keluarga lelaki terbabit yang segera datang mengambilnya di balai polis.

Post a Comment for "LELAKI BOGEL KEJUTKAN PELANGGAN RESTORAN"