Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI NEGRO 'TOPLESS' JADI DAYA PENARIK GERAI BURGER DI CHINA


LELAKI NEGRO 'TOPLESS' JADI DAYA PENARIK GERAI BURGER DI CHINA | Melibatkan diri dalam bidang perniagaan, pastinya kita sudah menyedari risiko dalam menghadapi persaingan serta strategi-strategi menarik bagi menarik minat pelanggan memilih produk mahupun servis yang ditawarkan.

Seorang pemilik gerai burger di Shanghai, China, Wang Meng mengupah seorang lelaki kulit hitam berbadan sasa untuk memasak dan mengril burger.

Yang menariknya, pekerja tersebut membuat kerjanya dengan tidak menggenakan baju pun malah ideanya itu terbukti berjaya meningkatkan jualan di gerai burgernya sejak kebelakangan ini.

” Saya boleh kata 90 peratus daripada pelanggan kami adalah wanita.

” Pesaing-pesaing saya (gerai-gerai burger lain) tidak berapa suka dengan idea ini yang mana mereka menyuruh pekerja saya, John memakai baju ketika memasak burger tapi saya rasa kesian dengan kerjanya yang perlu grill burger sepanjang hari, jadinya saya membenarkan dia tidak memakai baju ketika sedang bekerja,” katanya.



Post a Comment for "LELAKI NEGRO 'TOPLESS' JADI DAYA PENARIK GERAI BURGER DI CHINA"