Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

NEELOFA NASIHAT PESERTA DEWI REMAJA SUPAYA GUNA TELEFON PINTAR UNTUK CARI MAKLUMAT BUKAN SEKADAR BERSELFIE


NEELOFA NASIHAT PESERTA DEWI REMAJA SUPAYA GUNA TELEFON PINTAR UNTUK CARI MAKLUMAT BUKAN SEKADAR BERSELFIE \ KUALA LUMPUR : Telefon pintat bukan semata-mata untuk 'selfie' tetapi gunalah telefon pintar tersebut untuk mencari maklumat kerana semua maklumat sekarang di hujung jari.

Itulah nasihat kepada Juara Dewi Ramaja 2010, Neelofa kepada peserta Dewi Remaja sekarang selepas tersebar video yang menjadi viral melibatkan peserta Dewi Remaja 2014/15, Mawar Rashid mengenai pelaksanaan Cukai Barang Dan perkhidmatan (GST).

Memetik laporan Berita Harian, Neelofa berpendapat bahawa ramai tidak orang tidak sedar sebenarnya sifat obses pada diri sendiri adalah sebenarnya satu kelemahan.

"Kini kita lebih terdedah dengan pelbagai informasi dihujung jari dengan bantuan media sosial. Telefon bukan sekadar untuk 'selfie' sahaja. 

"Pasti ramai tidak menyedari hakikat bahawa sifat terlalu fokus kepada diri sendiri sebenarnya adalah satu kelemahan. Ianya merupakan satu penyakit. 

"Bagi saya, pengetahuan am itu adalah tanggungjawab diri sendiri dan ianya tidak ditujukan kepada artis semata-mata.

"Terpulang kepada diri sendiri untuk mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling kita,"tegas Neelofa.

Neelofa juga turut memberi nasihat supaya peserta Dewi Remaja menjadi diri sendiri dengan memperbaiki diri untuk masa akan datang

Post a Comment for "NEELOFA NASIHAT PESERTA DEWI REMAJA SUPAYA GUNA TELEFON PINTAR UNTUK CARI MAKLUMAT BUKAN SEKADAR BERSELFIE"