Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

NYATAKAN SOKONGAN KEPADA TUN M ADALAH BERSIFAT SPONTAN - SITI NURHALIZA


NYATAKAN SOKONGAN KEPADA TUN M ADALAH BERSIFAT SPONTAN - SITI NURHALIZA | Tersebar di dada-dada laman sosial sebelum ini kisah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik status di laman Instagramnya yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tun tidak berseorangan.

Memetik laporan The Rakyat Post, sokongan yang dinyatakan oleh Siti tersebut adalah spontan dan beliau tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut.

“Seandainya ada pihak yang mahu melihatnya dari sudut politik, saya tidak boleh menghalang dan terpulang pada perspektif masing-masing.

“Bagi diri saya, apabila perkara itu berlaku (luahan hati Tun Dr. Mahathir), saya tidak memikiran apa-apa melainkan hanyalah sebagai satu sokongan moral kepada beliau sebagai generasi yagn membesar dalam era pemerintahannya,” katanya



Dr Mahathir pada 13 April lalu telah mengeluarkan kenyataannya melalui chedet.cc bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Najib.

Beliau bagaimanapun menegaskan kritikannya dalam isu Altantuya Shaariibu dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibuat atas rasa tanggungjawabnya kepada rakyat.

Kerana kenyataan itu, dua jelitawan hebat negara iaitu Dato Siti dan juga Rozita Che Wan telah tampil menyatakan sokongan mereka terhadap Tun M.

Post a Comment for "NYATAKAN SOKONGAN KEPADA TUN M ADALAH BERSIFAT SPONTAN - SITI NURHALIZA"