Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PANGGIL MELAYU CELAKA

PANGGIL MELAYU CELAKA | Seorang remaja memuatnaik status di laman sosial yang mengaku dirinya anggota kongsi gelap menghina agama Islam dan orang Melayu


PETALING JAYA: Seorang remaja yang dipercayai berketurunan India memuat naik status di laman sosial Facebook yang menghina agama Islam dan orang Melayu.

Pendedahan itu disiarkan portal Utaranews.

Dia yang menamakan dirinya sebagai Havoc Jaya turut dimuat naik aksinya memegang parang dan mengaku dirinya ahli kongsi gelap 04.

Bagaimanapun usaha Free Malaysia Today menjejaki pemilik akaun remaja berkenaan tidak membuahkan hasil.

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Idris mengutuk keras perbuatan yang menyentuh sensitiviti agama dan orang Melayu.

“Saya mencabar bercakap di hadapan saya dan jangan jadi keyboard warrior sahaja” tegasnya.

Dia yang rasa tercabar dengan status itu meminta kerajaan dan pihak berkaitan bertindak dengan lebih tegas termasuk meminda Akta Hasutan, termasuk dikenakan hukuman sebat supaya kejadian sama tidak berulang.

Sehubungan itu, Irwan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat segera perbuatan remaja berkenaan.

Post a Comment for "PANGGIL MELAYU CELAKA"