Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA INI BENAR-BENAR MAHU BEKERJA DENGAN AIRBNB DAN SANGGUP BUAT SEJAUH INI


WANITA INI BENAR-BENAR MAHU BEKERJA DENGAN AIRBNB DAN SANGGUP BUAT SEJAUH INI | Nina Mufleh, yang berpindah dari Timur Tengah dan sudah menetap di San Francisco selama setahun, benar-benar mahu bekerja untuk Airbnb. Beliau sudah cuba untuk berhubung dengan syarikat itu melalui e-mel dan tawaran kerja kosong tetapi masih tidak bernasib baik. Lalu, beliau mengambil keputusan untuk ke tahap seterusnya dengan mewujudkan resume online dengan reka bentuk laman web Airbnb.

Mufleh telah menghantar resume ini kepada kawannya pada Isnin lepas untuk maklum balas dan telah menghantarnya ke Airbnb pada hari Selasa, dan telah menarik perhatian bukan sahaja dari syarikat itu, tetapi juga kepada orang awam.

Apa yang menarik, resume beliau tidak menceritakan tentang pengalaman lampaunya (yang boleh didapati dari profil LinkedIn beliau), tetapi mengisahkan apa yang beliau tahu tentang industri pelancongan, apa yang beliau boleh sumbang kepada Airbnb dan apa yang beliau fikir syarikat itu perlu buat pada masa hadapan.

Mufleh telah berusaha menghubungi syarikat ini buat berbulan-bulan lamanya. Meskipun berjaya bertemu dengan wakil syarikat, namun tidak pernah satupun bertukar menjadi tawaran pekerjaan kepada beliau. Kakak beliau telah menasihati untuk melupakan hasratnya kerana beliau telah melakukan segala yang terdaya.

“Saya benar-benar fikir saya belum buat semua yang saya mampu lakukan,” kata Mufleh. “Saya telah melakukan perkara yang sama berulang kali, tetapi saya belum melakukan sesuatu dengan pendekatan baru.”

Berikut adalah beberapa screenshot dari resume beliau, yang kelihatan seperti profil tuan rumah Airbnb. Anda boleh melihat resume beliau sepenuhnya di laman web beliau Nina4Airbnb.com.



Beliau bukan sahaja menarik perhatian CEO dan CMO Airbnb, tetapi beliau akan menghadiri temuduga dengan recruiter dari syarikat itu minggu ini. Beliau mengambil masa seminggu untuk menyediakan resume, termasuklah mengumpul data, menyelidik pasaran, dan bekerja dengan pereka laman web.

Maklum balas dari CEO Airbnb


Maklum balas dari CMO Airbnb


Mufleh terpesona dengan budaya dan pelancongan sejak belia bekerja denngan Permaisuri Rania Al Abdullah, permaisuri Jordan, dari tahun 2006 hingga 2009.

“Beliau memberi tumpuan kepada dialog pelbagai budaya, dan itu sesuatu yang memandu kerjaya saya,” kata Mufleh.

Maklum balas yang diterima selepas dia menghantar resume adalah mengejutkan.

“[Ini adalah] keputusan yang saya harapkan,” katanya. “Tetapi sebahagian daripada diri saya tidak menyangka ia akan menjadi sebegini cepat dan menyeronokkan.”

Post a Comment for "WANITA INI BENAR-BENAR MAHU BEKERJA DENGAN AIRBNB DAN SANGGUP BUAT SEJAUH INI"