Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA MUNGKIN DIPENJARA SEUMUR HIDUP KERANA MENYELAMATKAN ITIK DI TEPI JALAN

WANITA MUNGKIN DIPENJARA SEUMUR HIDUP KERANA MENYELAMATKAN ITIK DI TEPI JALAN | Emma Czornobaj (25) mempunyai hati yang kudus. Pada tahun 2010ketika memandu di Lebuhraya Montreal Kanada beliau menghentikan kenderaan di atas jalan raya bagi menyelamatkan beberapa anak itik yang dilihat di bahagian pembahagi jalan. Tindakan berperikemanusiaan ini beliau ini mengakibatkan berlakunya kemalangan maut yang meragut nyawa Andre Roy (50) dan anak bekiauJessie (16). Pihak juri mendapati Emma bersalah memandu dengan merbahaya kerana memberhentikan kenderaan pada lorong laju lebuhraya. Beliau juga didapati bersalah mengakibatkan kematian akibat pemanduan bahaya ini. 

Jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Pihak pembelaan mahu hukuman Emma dikurangkan kerana beliau bukan sengaja mahu mengakibatkan kematian tetapi bertindak atas dasar cintakan haiwan. Mereka juga berkata Andre dan anak beliau mungkin tidak meninggal dunia jika mereka memandu mematuhi halaju lebuhraya. Bapa yang menunggang motosikal pada hari kemalangan didapati memandu melebihi halaju yang ditetapkan sekurang-kuranya sebanyak 20 batu sejam. Isteri beliau yang mengekori dengan sebuah lagi motosikal terselamat walaupun turut merempuh kereta Emma kerana beliau memandu pada halaju yang ditetapkan. Sungguhpun kehilangan anak dan suami tercinta, Jessi Roy tidak menyalahkan Emma atas kematian mereka. Sad. Nak buat baik berpada - pada. 





Post a Comment for "WANITA MUNGKIN DIPENJARA SEUMUR HIDUP KERANA MENYELAMATKAN ITIK DI TEPI JALAN"