Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

2 WARGA TEMPATAN DICULIK DI RESTORAN OLEH SEKUMPULAN LELAKI BERSENJATA


2 WARGA TEMPATAN DICULIK DI RESTORAN OLEH SEKUMPULAN LELAKI BERSENJATA | SANDAKAN: Seorang lelaki dan seorang wanita telah diculik oleh sekumpulan empat lelaki bersenjata di Restoran Ocean King di sini kira-kira jam 7.50 malam tadi.

Memetik laporan dari BH Online, kedua-dua yang diculik adalah warga tempatan. Mangsa dikenali sebagai Thein Nyuk Fun, 50 bersama seorang lagi pelancong dari Sarawak berumur 39 tahun, dilarikan oleh kumpulan terbabit yang dilaporkan menggunakan pistol dan juga M16.

Mangsa kemudiannya dilarikan ke sebuah bot yang dikendalikan oleh dua lagi suspek.

Thien Nyuk Fun yang juga adik ipar kepada pemilik restoran berada di kaunter ketika kejadian berlaku manakala seorang lagi mangsa yang terbabit berada di meja makan bersama dengan isterinya dan seorang rakan.

 MANGSA culik, Thien Nyuk Fun.

Kumpulan bersenjata terbabit dikatakan muncul secara mengejut dari arah laut dan hanya mengambil masa seminit untuk melarikan kedua-dua mangsa ke sebuah bot yang kemudiannya menghala ke arah perairan antarabangsa, dipercayai menghala ke negara jiran.

Pengurus restoran yang terlibat, Chung Yun Thiam, 60, berkata terdapat kira-kira 80 pelanggan berada di restorannya ketika kejadian berlaku. Menurutnya lagi, kesemua lelaki bersenjata itu memakai pakaian celoreng tetapi tidak mengenakan topeng. Salah seorang dari kumpulan itu membawa M16 bersama peluru yang disangkut di badan.

"Menyedari kehadiran empat lelaki bersenjata itu, semua pelanggan lari untuk menyelamatkan diri, namun mangsa wanita dan lelaki berkenaan tidak sempat lari," tambahnya lagi.

Siasatan polis sedang dijalankan untuk mengumpul fakta tentang kejadian.

Post a Comment for "2 WARGA TEMPATAN DICULIK DI RESTORAN OLEH SEKUMPULAN LELAKI BERSENJATA"