Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

"PEREMPUAN AMOI CUBA TIKAM POLIS" JADI VIDEO VIRAL


"PEREMPUAN AMOI CUBA TIKAM POLIS" JADI VIDEO VIRAL | Kuala Lumpur – Tindakan seorang wanita yang cuba menikam seorang lelaki dalam satu cubaan samun gagal, apabila dia berjaya ditumpaskan lelaki tersebut.

Menurut lelaki tersebut, wanita berketurunan Cina itu cuba mencederakannya dengan menggunakan pisau.

“Gila, dia nak tikam aku(sedangkan) aku tak kenal dia,

“Kau nak samun aku (tapi) aku mana ada duit, bodoh” jerit lelaki yang dikatakan seorang anggota polis itu kepada wanita tersebut.

Video bertajuk ‘Perempuan Amoi Cuba Tikam Polis’ itu kemudiannya dimuatnaik di laman oleh seorang pengguna media sosial, Facebook.

Melalui rakaman berdurasi 1 minit 15 saat itu, wanita tersebut kelihatan terbaring sambil tangannya dipijak lelaki tersebut bagi memastikan suspek tidak melarikan diri.

Walau bagaimanapun, Tidak dapat memastikan sama ada lelaki tersebut merupakan anggota polis atau tidak kerana tidak sebarang maklumat mengenainya, lapor Suara.TV.

Post a Comment for ""PEREMPUAN AMOI CUBA TIKAM POLIS" JADI VIDEO VIRAL"