Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

AYAH SEORANG BUDAK LELAKI PAKSA ANAKNYA MUSNAHKAN XBOX


AYAH SEORANG BUDAK LELAKI PAKSA ANAKNYA MUSNAHKAN XBOX | Masa kita kecil-kecil dulu kalau asyik main game sahaja mesti mak bapak kita akan cakap, ‘ Dari pagi ke petang ke main asyik main game nanti mak buang nanti game tu.’ Tapi mereka tak pernah langsung melakukan perkara tersebut dan kita pun tak akan menyangka yang mereka akan melakukannya.

Namun berbeza pula dengan kanak-kanak lelaki ini yang terlalu banyak menghabiskan masanya dengan bermain Xbox dan tidak ada masa untuk belajar. Ayah budak ini bukan sahaja mengancam anaknya tetapi lebih teruk lagi dia menyuruh anaknya memusnahkan Xbox itu sendiri menggunakan tukul besi.

Sebab utama ayah kepada lelaki ini ingin anaknya menghancurkan Xbox itu kerana dia mendapat gred yang teruk di dalam kelas. Sempat memberi alasan untuk menyelamatkan diri budak lelaki ini sempat berkata, ‘Bukan salah saya, tapi salah cikgu-cikgu,’ adalah alasan klise setiap insan yang bergelar pelajar pernah gunakan. 

Cer korang tengok video kat bawah ni:

Post a Comment for "AYAH SEORANG BUDAK LELAKI PAKSA ANAKNYA MUSNAHKAN XBOX"