Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

FOTO LINDSAY LOHAN BERSAMA AL-QURAN JADI TANDA TANYA


FOTO LINDSAY LOHAN BERSAMA AL-QURAN JADI TANDA TANYA | Pelakon dan penyanyi kontroversi, Lindsay Lohan kembali menjadi perhatian pihak media dan umum selepas dilihat membawa kita suci Al-Quran sewaktu menjalani hukuman khidmat masyarakat di Brooklyn, New York.

Lindsay yang dibesarkan dengan pegangan agama Katolik dilihat tiba di pusat penjagaan kanak-kanak Duffield dengan senaskhah Al-Quran dilengan.

Bintang Disney berusia 28 tahun ini mengambil keputusan mendalami kitab suci Al-Quran selepas mengalami ketagihan arak serta masalah dadah yang serius.

Lindsay sebelum ini didakwa gagal melaksanakan perintah menjalani aktiviti khidmat masyarakat yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Los Angeles. Dia hanya mampu melengkapkan 20 jam daripada 125 jam yang dikenakan terhadapnya sejak Februari yang lalu.



Tiga tahun lalu Lindsay dijatuhi hukuman untuk tempoh percubaan selama dua tahun atas kecuaian sehingga terlibat dalam kemalangan kereta di Santa Monica pada Jun 2012.

Lindsay diarah melakukan kerja komuniti selama 30 hari di New York atau tempat tinggalnya sekarang, serta harus menjalani sesi psikoterapi selama 18 bulan.

Post a Comment for "FOTO LINDSAY LOHAN BERSAMA AL-QURAN JADI TANDA TANYA"