Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MENTERI PERTAHANAN KOREA UTARA DITEMBAK MATI KERANA TERTIDUR SEMASA MESYUARAT


MENTERI PERTAHANAN KOREA UTARA DITEMBAK MATI KERANA TERTIDUR SEMASA MESYUARAT | Walaupun kedengaran agak pelik “Ditembak Mati Kerana Tidur Semasa Mesyuarat”tetapi ini betul-betul berlaku di Korea Utara.

Mengikut laporan dari agen perisik Korea Selatan, Menteri Pertahanan Korea Utara iaitu Hyon Yon Chol ditembak mati kerana menteri itu membantah serta tidur semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Korea Utara, Kim Jong Un.

Agensi perisikan Korea Selatan mempunyai bukti Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, membunuh Menteri Pertahanan negara itu, Hyon Yong Chol, menggunakan mesingan anti pesawat.

Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan memberitahu jawatankuasa Parlimen bahawa menteri itu dibunuh di depan ratusan orang di lapang sasar Akademi Tentera Kang On di Pyongyang, hujung bulan lalu.

 Hyon Yong Chol mati dibunuh

Menurut Ahli Parlimen Shin Kyoung-min yang menghadiri taklimat itu, walaupun maklumat itu masih pada peringkat awal perisikan namun NIS yakin dengan kebenarannya berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber.

Kim Jong Un dilaporkan menyebabkan beberapa kematian sejak mengambil alih kuasa daripada mendiang bapanya pada hujung 2011, antaranya bapa saudaranya serta bekas kekasihnya. Reuters melaporkan menurut NIS, pembunuhan lain termasuk 15 pegawai kerajaan tahun ini.

Post a Comment for "MENTERI PERTAHANAN KOREA UTARA DITEMBAK MATI KERANA TERTIDUR SEMASA MESYUARAT"