Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ini 3 Fakta Tersembunyi Tentang Tandas Pesawat.. Hati-Hati!

JIKA berada dalam penerbangan jarak jauh yang memakan masa belasan jam, sememangnya tidak sah kalau penumpang tidak pergi ke tandas pesawat untuk melepaskan ‘hajat’.
Oleh itu, sebelum anda menggunakan tandas pesawat, molek kiranya anda mengetahui beberapa fakta tandas pesawat yang tidak diketahui ramai.
Mana tahu, fakta ini boleh membantu anda berwaspada sebelum menggunakannya.
Ini 3 Fakta Tersembunyi Tentang Tandas Pesawat.. Hati-Hati!Ini 3 Fakta Tersembunyi Tentang Tandas Pesawat.. Hati-Hati!196517_17548588464_7141_n
Fakta pertama adalah pintu tandas pesawat sebenarnya boleh dibuka dengan mudah dari luar. Hanya dengan mengangkat tanda ‘WC’ dan tombol pintu ke posisi terkunci, pintu dapat dibuka.
Tapi jangan sesekali melakukan perkara ini melainkan ada penumpang yang terkunci dari dalam dan memerlukan bantuan.
Fakta kedua, air dari tandas pesawat dikatakan sangat kotor. Malah, menurut artikel dari Wall Street Journal pada tahun 2002, para penyelidik mendapati air yang diuji dari 14 pesawat yang berbeza mempunyai sampel air yang mengandungi ratusan bakteria seperi Salmonella, Staphylococcus, bahkan larva dan telur serangga.
Manakala, fakta terakhir adalah, tandas merupakan bahagian pesawat paling kotor.
Ini kerana tandas pesawat digunakan oleh manusia daripada pelbagai negara yang juga mempunyai berbeza attitude dari segi kebersihan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Thrillist.com

Post a Comment for "Ini 3 Fakta Tersembunyi Tentang Tandas Pesawat.. Hati-Hati!"