Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 manfaat tidur bogel bagi lelaki dan wanita.

6 manfaat tidur bogel bagi lelaki dan wanita.


Sebuah penelitian terbaru di Amerika Syarikat (Januari 2013), melaporkan bahawa sekitar 10% orang Amerika tidur dengan tanpa pakaian atau telanjang. Sebahagianya ada yang dibalut selimut, namun sebahagian lain telanjang bulat tanpa selimut, terutamanya pada musim panas.

Terlepas dari fakta tersebut, ternyata tidur telanjang tidak hanya membuat anda merasa seksi, tetapi juga dapat bermanfaat bagi kesihatan. Para ahli di Amerika sepakat bahawa tidur dengan menanggalkan pakaian dapat memberi manfaat kesihatan bagi anda.

Jom baca 6 manfaat tidur telanjang.


1. Kualiti sperma lebih baik

Kajian Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Pembangunan Insan Maryland, dan Universiti Stanford mendapati tidur dengan pakaian ketat, seperti seluar pendek “boxer” boleh mengganggu penghasilan sperma dan merendahkan peluang untuk mendapat bayi.

Memakai “boxer” yang ketat merupakan kesilapan utama bagi lelaki kerana ia akan meningkatkan suhu kerandut buah zakar yang boleh menyebabkan kualiti sperma lelaki berkurangan.

Menurut kajian tersebut, lelaki yang memakai seluar dalam yang longgar pada siang hari dan berbogel di sebelah malam boleh meningkatkan 25 peratus kualiti sperma. 

2. Tidur lebih lena

Kebanyakan pakar tidur bersetuju, tidak berpakaian semasa tidur dapat membantu mengatur suhu badan dan menyebabkan tidur lebih baik, nyenyak dan menyenangkan.

Suhu badan menurun ketika tidur tetapi memakai seluar dalam atau baju tidur akan mengganggu proses ini.

3. Boleh kuruskan badan

Badan yang terlalu panas ketika tidur tidak dapat membebaskan banyak hormon pertumbuhan yang digunakan untuk membaiki sel.

Sebaliknya, tahap kortisol (hormon tekanan) anda akan kekal tinggi, menyebabkan kadar insulin naik pada waktu malam.

Akibatnya, badan anda kekal dalam keadaan “panik” dan bukannya dalam keadaan “penyembuhan”, lalu memilih untuk menyimpan lemak daripada membakarnya, kata pengkaji Universiti Warwick yang mendapati hubungan antara tidak cukup tidur dengan risiko kencing manis dan sakit jantung.

4. Kelihatan lebih muda

Hormon pertumbuhan yang membantu anda membakar lemak juga dikenali sebagai agen anti-penuaan. Dengan membaiki sel anda, ia membantu melicinkan luka kulit, bintik, dan malah kedutan. 

5. Mengelak jangkitan kulat

Memakai baju tidur atau “boxer” akan menyebabkan peluh. Tidur berbogel membantu kelangkang anda bernafas. Ia membuatkan anda dijauhi dari jangkitan kulat.

“Memastikan bahagian ini sejuk, kering dan ‘berudara’ pada waktu malam akan membantu mengurangkan panas yang menggalakkan kulat, terutamanya di musim panas,” kata Dr Sarah Brewer kepada portal berita Mail Online.

6. Hubungan yang lebih bahagia

Faedah ini bukan untuk yang masih bujang ye, tapi untuk mereka yang berkongsi tempat tidur dengan orang tersayang setiap malam (suami/isteri). Berbogel di tempat tidur boleh mengeratkan hubungan.

Berdasarkan tinjauan pada 1,000 responden, 57 peratus yang tidur berbogel dilaporkan lebih bahagia dalam hubungan berbanding 48 peratus yang berpakaian.

Mungkin tidak mengejutkan, kebahagian itu terhasil dari sentuhan kulit pasangan yang membebaskan hormon “gembira” oksitosin. Hasilnya, anda akan berasa lebih bahagia, lebih rapat dengan pasangan, dan yang lebih penting anda akan berminat untuk hubungan intim.


Selamat mencuba!!



                                       

Post a Comment for "6 manfaat tidur bogel bagi lelaki dan wanita."