Jom Lihat Keindahan Lembah Bunga Yang Menakjubkan Di India
Taman ini telah wujud sejak lebih daripada satu abad, walaupun dalam mitologi Hindu, gambaran kewujudan lembah ini telah ada sejak zaman berzaman. Padang rumput berselang dengan bunga berwarna-warni, sangat cantik dan indah lengkap dengan latar belakang gunung dan hutan. Lembah Bunga telah diisytiharkan taman negara (Nanda Devi National Park) pada tahun 1982. Penduduk tempatan mereka percaya bahawa tempat itu telah didiami oleh satu kumpulan peri.
Lembah Bunga Taman Negara India terkenal dengan padang rumput bunga endemik alpine dan keindahan alam semulajadi yang menakjubkan. Kawasan yang kaya dengan pelbagai bunga dan juga rumah kepada haiwan yang jarang dan terancam, termasuk beruang Asiatic hitam , harimau salji,beruang coklat dan kambing biri-biri biru.
Post a Comment for "Jom Lihat Keindahan Lembah Bunga Yang Menakjubkan Di India"