Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BAS DIUBAHSUAI MENJADI BILIK MANDI BERGERAK UNTUK GELANDANGAN (16 GAMBAR)

Di Kuala Lumpur heboh awal Ramadan yang lalu apabila Ku Nan mahu semua soup kitchen di Kuala Lumpur ditutup. Menurut beliau golongan gelandangan merosakkan serta mengotorkan imej KL. Dengan menghapuskan golongan miskin terabai ini Kuala Lumpur secara automatik akan menjadi power giler dan menjadi setaraf Copenhagen, London dan Oslo. Yeah right!

Di San Francisco rumah sementara yang menempatkan golongan gelandangan menglami masalah yang sama tetapi atas sebab yang lain. Shelter terpaksa ditutup kerana kekurangan dana, kenaikan harga sewa bangunan dan tuan tanah yang mahu menyewakan ruang shelter kepada orang lain. Akibatnya gelandangan yang berteduh di dalam shelter terpaksa kembali tidur di kaki lima. Mereka tidak dapat membersihkan diri mereka setiap hari apabila hidup di tepi jalan.

Lava Mae ialah usaha murni Doniece Sandoval untuk memastikan gelandangan masih ada tempat membersihkan diri sungguhpun tinggal di tepi jalan. Tujuan utama Doniece Sandoval ialah memastikan kebersihan mereka terjamin dan apabila bersih mereka tidak akan mudah sakit. Golongan gelandangan juga perlu membersihkan diri untuk menhadiri temuduga kerja. Mereka mahu mengubah taraf hidup dan bekerja seperti kita juga. Tetapi jika tak boleh mandi dan busuk siapa nak ambil bekerja? Kan?

Kos setiap bas Lava Mae ialah sekitar USD 75 000. Ia dilengkapi tandas, shower dan bilik persalinan. Setakat ini ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Lava Mae hanya perlu parking dan mereka yang mahu mandi hanya perlu masuk. Kos mengubahsuai bas ini mungkin nampak mahal tetapi kose menyewa bangunan dan membayar utilities adalah jauh lebih mahal. Inilah hakikat duduk di bandaraya besar.

Mungkin soup kitchen di KL boleh mengubahsuai konsep ini. Buat soup kitchen bergerak. Jadi tak perlu membuka kicthen brick and mortar. Guerilla style bantu gelandangan KL dari soup kitchen bergerak!


Post a Comment for "BAS DIUBAHSUAI MENJADI BILIK MANDI BERGERAK UNTUK GELANDANGAN (16 GAMBAR)"